Siapa Babah

PENGENALAN

Maksud Babah

Babah bukan berasal dari perkataan labah-labah (sejenis serangga berkaki ayam) yang sengaja ditukarkan huruf dari 'L' ke 'B'. Babah juga bukan chikedis seperti Tora mahupun Dindang. Babah adalah nama panggilan untuk seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Ia lebih kepada nama manja yang tidak nampak garang. Nama lain selain Babah ialah ayah, abah, papa, walid, daddy dan sewaktu denganya.


Siapa Babah?

Babah di dalam cerita ini ialah seorang suami kepada seorang isteri dan bapa kepada seorang anak perempuan. Babah bekerja di Kuala Lumpur manakala isteri dan anak perempuannya berada di Johor Bahru. Babah terpisah dengan keluarganya kerana Babah adalah seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk Kerajaan Persekutuan. Manakala isteri Babah, bekerja sebagai penjawat awam juga, namun berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Johor. 


No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates